Sunday, November 20, 2011

pasal bola.. laman web PAS tak bersalah kena HACK indog




Assalamualaikum peminat bola sepak sekalian,


BERIKUTAN ketegangan perlawanan akhir bola sepak antara Malaysia menentang Indonesia dalam temasya Sukan SEA ke 26, beberapa blog mendakwa laman sesawang rasmi Parti Islam se-Malaysia, PAS digodam pihak tidak bertanggung jawab.

Ia menyaksikan sebuah laman sesawang di alamat pas.com.my menjadi mangsa digodam oleh penggodam yang dipercayai penyokong bola sepak Indonesia berdasarkan kepada paparan mesej yang ditulis.

Gambar seorang lelaki memegang sepanduk "Final kami datang" di dalam sebuah stadium menjadi paparan utama laman sesawang tersebut. Difahamkan ia merupakan satu tindakan perang saraf penyokong bola sepak Indonesia, rujuk sini [pas.com.my].

Bagaimanapun, tinjauan mendapati alamat laman sesawang pas.com.my bukanlah laman sesawang rasmi Parti Islam se-Malaysia, PAS. Laman sesawang PAS di alamat pas.org.my masih di dalam keadaan baik.

bakso 1 malaysia..



Sementara di Jakarta rakyat Indonesia berteriak "Maling, Ganyang Malingsia!" - warga mereka di sini berniaga bakso sambil menjerit "1Malaysia"

Saturday, November 19, 2011

kisah facebook.. alahai..

hiasan semata mata

Elly bangun tidur. Terus ke meja study. On laptop. Password : ****** ~~~~~~~~ Welcome Cursor di arah ke YouCam. “nak snap pic dulu la. Muka baru bangun tidor..yeeaaahh!!” Klik..klik..klik… Save in…’aku cute’ folder.
Cursor di arah ke Celcom..double click! Connect… “Yes! Dapat pun connect. Ingatkan dah terminate..hehe” www.facebook.com email password aku_cute@yehaa.combact ****** upload photo create album : buchuk baru bangun tdo!ngee~ location : – “da settle da upload..yes!”
Muhd Khairy likes your photo Boboy commented on your photo Haziq, haikal, boboy and 26 others friends commented on your photo. “Giler banyak..hehe baru je letak kot” Boboy : awk ni cute sgt la..mcm amoy! Khairi : cun abis~ Haziq : sgt comel la dia br bngun tdo..alolo~ Elly : eh..xla..mne ade..trime kasih..xcute pun…
1 message received Opening……
Unknown : “wah..cantik gambar. Awak ni memang suka tayang muka kat orang ke? Tahu la muka tu cantik tapi tak perlu lah nak tayang sangat der. Jaga la muka tu untuk suami. Kalau setakat 2 3 gambar ok jugak tapi kalau dah bangun tidur pun awak nak bagi tunjuk kat orang, koyak la macam ni..koyak iman kaum adam weh…nak bertanggungjawab ke kalau iman lelaki koyak disebabkan awak?? Saya tengok gambar awak yang da lama bangun tidur pun macam baru bangun tidur je sebab tak bertudung. Setahu saya orang baru bangun tidur, tak bertudung.
Lagipun dress up awak gempak sangat la…baju mahal tapi kain sikit. Duit dah banyak keluar beli baju, tapi ketat-ketat jugak. Saya yang tengok ni pun dapat rasa sempit dada pakai baju macam tu. Bukan sengaja nak tengok, dah korang tunjuk, susah la saya & lelaki lain nak jaga pandangan. Tolonglah kasihankan ktorang ni. Ni yang saya nak tanya sangat ni..gambar awak yang lain mata semua hitam2 dek celak, bibir merah dek lipstick memang macam anak patung la. Rajin pulak korang make-up macam tu kan?hehe agak-agak antara pakai make-up dengan berwudhuk, mana lebih cepat & senang? K la..saya tahu awak tahu y awak sendiri TAHU y awak tengah mendedahkan aurat awak pada orang yang tak sepatutnya. Janganlah jadi perosak iman kami.
Terima kasih luangkan masa..salam =) ”

Wednesday, November 16, 2011

malaysia tewas dengan india 2-3

Pasukan The Blue Tigers meraih kemenangan mereka atas pasukan Harimau Malaya. India menang 3-2.
Pasukan kebangsaan Malaysia hanya tewas nipis 2-3 bersama pasukan kebangsaan India di dalam satu perlawanan persahabatan di Kolkota semalam (16 November 2011).  Ini merupkan perlawanan kedua antara Malaysia dan India.
Kedua-dua pasukan mengunakan squad terkuat pasukan masing-masing dengan mengunakan pemain utama mereka sendiri. Pasukan kebangsaan diketuai oleh pemain Selangor, Mohd Safiq Rahim manakala pasukan India diketuai oleh Syed Rahim Nabi. Pemain pertahanan Malaysia, Mohd Norhafiz Zamani misbah mengalami kecederaan dan tidak akan beraksi. Lebih 5000 penyokong India sahaja turut hadir di stadium kedua terbesar di dunia, Salt Lake Stadium yang mempunyai 120,000 capacity.
Pada babak pertama, Malaysia nampak lebih garang apabila percubaan-cubaan bahaya dari Safee Sali dan juga Abdul Hadi Yahya, tetapi benteng pertahanan pasukan India menyelamatkan mereka. Walaupun Malaysia bernampak lebih garang, penyerang sensasi India, Sunil Chhetri menjaring GOL pertama India di minit 38 hasil kelekaan marking benteng pertahanan Malaysia. seminit sebelum babak pertama tamat, Safee Sali menjaring GOL penyamaan di minit 45 hasil passing-passing yang begitu MANTAP oleh pasukan Malaysia. Babak pertama tamat dengan 1-1.
Pada babak kedua, India terus menyerang selepas wisel dan penyerang India, Jeje mendapat peluang emas di situasi 1 on 1 tetapi penjaga GOL Malaysia, G. Jeevanathan, yang mendapat debut pertamanya dengan pasukan kebangsaan, berjaya menyelamatkan Malaysia, seminit selepas cubaan bahaya Jeje, India mendapat GOL kedua mereka dan Jeje Lalpekhlua senang sahaja menjaring GOL. Benteng pertahanan Malaysia turut membuat kesilapan mudah seperti Marking dan hasil,  Sunil Chhetri turut menjaring GOL ketiga India hasil cubaan Jeje diselamatkan oleh  G. Jeevanathan tetapi defender Malaysia gagal untuk mengawal Sunil dan Sunil membuat remabatan kencang untuk mendapat GOL keduanya di minit 52. Harapan Malaysia untuk bangkit mula cerah apabila Safee Sali sekali menjaring GOL kedua Malaysia dengan 1 on 1 situasi dengan penjaga GOL India, Subhasish Roy Chaudhari untuk membuat jaringan 3-2. Rentak Malaysia mula hilang apabila India turut mendominasi perlawanan. Walaupun pasukan Harimau Malaya sudah cuba yang terbaik untuk bangkit, perlawanan tamat 3-2 kepada tuan rumah, India.
3 hari lepas, India dan Malaysia seri 1-1 di dalam pertemuan pertama mereka di 13 November 2011.
INFO Friendly Pasukan Kebangsaan:
  • Malaysia 2 – 3 India
  • Penjaring Malaysia: (45 & 58) Mohd Safiq Rahim
  • Penjaring India: (38 & 52) Sunil Chhetri,  (46) Jeje Lalpekhlua
  • 16th November 2011 (Rabu)
  • Kick off: jam 7.45 mlm
  • Kehadiran:  5,000+
  • Stadium Stadium Salt Lake, Kolkota, India
  • Pengadil: -
  • Kesebelasan Utama Malaysia: Gunasekaran Jeevanathan (Mohd Sharbinee Allawee Ramli), Mohd Azmi Muslim (Abdul Aziz Ismail), Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, Mohd Faizal Muhammad, Mohd Bunyamin Umar, Kunalan Subramaniam, Mohd Shafiq Rahim, Amar Rohidan, Shahurain Abu Samah (Khyril Muhymeen Zambri), Abdul Hadi Yahya, Mohd Safee Mohd Sali (Suppiah Chanturu)
  • Kesebelasan Utama India: Subhasish Roy Chaudhari (G); Syed Rahim Nabi (C), Gouramangi Singh, Anwar Ali (Mahesh Gawli – 61st), Debabrata Roy (Samir Naik – 62nd); Francis Fernandes (Anthony Periera – 71st), Baldeep Singh (Jewel Raja – 78th) , Rocus Lamare, Lalrindika Ralte (Clifford Miranda – 90th); Jeje Lalpekhlua, Sunil Chhetri (Surkumar Singh – 89th).

Sunday, October 30, 2011

trofi piala malaysia diarak


MOHAMAD (tengah) memegang trofi Piala Malaysia bersama pemain dan penyokong setia Negeri Sembilan di Seremban semalam. 

SELEPAS berjaya menjulang trofi Piala Malaysia buat kali ketiga, Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) merancang satu sambutan besar-besaran bagi meraikan kepulangan piala berprestij itu di bumi Adat Perpatih.

Presiden PBNS, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kejayaan tersebut cukup bermakna dan beliau mahu selu- ruh rakyat negeri itu tidak ketinggalan menyaksikan piala tersebut secara lebih dekat.

Beliau yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan memberitahu bahawa pihak PBNS merancang untuk meng- arak piala paling berprestij di Malaysia itu di setiap daerah di negeri ini.

"Kejayaan ini merupakan suatu kebanggaan untuk Negeri Sembilan dan saya mahu seluruh rakyat berpeluang menyak- sikan piala tersebut dari dekat dan seterusnya beramah mesra dengan para pemain yang ber- juang berhabis-habisan di tengah padang.

"Sambutan berkenaan akan dibuat dalam tempoh terdekat dan kita sedang merancang kaedah serta sambutan yang bakal dilakukan nanti," katanya di Seremban semalam.

Mohamad berkata demikian dalam satu majlis meraikan kepulangan para pemain dan pegawai skuad Hoben Jang Hoben di Wisma PB- NS.

Katanya, pihak PBNS akan berbincang berhubung bentuk habuan atau ganjaran yang akan diberikan kepada skuad negeri itu yang berjaya membawa pulang Piala Malaysia untuk kali kedua dalam tempoh tiga tahun.

"Kita akan membuat perbincangan terlebih dahulu dan buat masa ini kita belum putuskan bentuk ganjaran yang akan diberikan," jelasnya.

Sementara itu, jurulatih Negeri Sembilan, Mohd. Azraai Khor Abdullah merakamkan ucapan terima kasih kepada Mohamad kerana memberi kepercayaan kepada beliau.

"Tanpa sokongan dan kepercayaan yang diletakkan oleh beliau (Mohamad), sudah tentu pasukan ini tidak dapat pergi jauh dan mendakap Piala Malay- sia.

"Pujian juga harus diberikan kepada pemain yang menunjukkan semangat juang yang tinggi walaupun dalam perlawanan akhir itu kita ke- tinggalan 1-0," jelasnya.

Mohd. Azraai juga memuji kesetiaan para pe- minat yang tetap memberi sokongan tidak ber- belah bahagi walaupun pada awal musim pasu- kan itu kelihatan seperti hilang sengat.

Sunday, August 14, 2011

download lagu raya


Lagu Raya : Aidilfitri – Sanisah Huri

August 8th, 2011
Download Lagu Raya MP3 AILDILFITRI dari Sanisah Huri

Download Link >> Pakcik Google

Lagu Raya: P.RAMLEE – DENDANG PERANTAU

August 5th, 2011
Download Lagu Raya MP3 Dendang Perantau dari P.Ramlee
Download Link >>>Pakcik Google

Lagu Raya: Cahaya Aidilfitri – Black Dog Bone

August 5th, 2011
Download Lagu Raya MP3 Cahaya Aidilfitri dari Black Dog Bone
Download Link >>> Pakcik Google

LAGU RAYA: SITI NURHALIZA – NAZAM LEBARAN

August 5th, 2011
Download Lagu Raya MP3 Nazam Lebaran dari Siti Nurhaliza

Download Link>>> Pakcik Google

Lagu Raya: Rahimah Rahim – Selamat Berhari Raya

August 5th, 2011
Download Lagu Raya MP3 Selamat Hari Raya dari Rahimah Rahim

Download Link >>> Pakcik Google

LAGU RAYA: S. JIBENG – MUSAFIR DI AIDILFITRI

August 4th, 2011
Download Lagu Raya MP3 Musafir Di Aildilfitri dari S. JIBENG
Download Link >>>Pakcik Google

LAGU RAYA: JAMAL ABDILLAH – SALAM AIDIL FITRI

August 4th, 2011
Download Lagu Raya MP3 SALAM AILDIL FITRI dari JAMAL ABDILLAH
Download Link >>>Pakcik Google

Lagu Raya: Anuar & Ellina – Suasana Hari Raya

August 3rd, 2011
Download Lagu Raya MP3 Anuar & Ellina – Suasana Hari Raya
Download Link >>>Pakcik Google

Lagu Raya: Dato’ Siti Nurhaliza – Sesuci Lebaran

August 2nd, 2011
Download Lagu Raya MP3 Dato’ Siti Nurhaliza – Sesuci Lebaran

Download Link>> Pakcik Google

Lagu Raya: M NASIR – SATU HARI DI HARI RAYA

August 2nd, 2011
Download Lagu Raya MP3 M NASIR – SATU HARI DI HARI RAYA

Wednesday, August 3, 2011